Kelas Advokasi (Modul Pengurusan Risiko Dalam Talian – Overshare & Maklumat Palsu)

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi (Modul Pengurusan Risiko Dalam Talian – Overshare & Maklumat Palsu). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Overshare dan Maklumat Palsu. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 11 orang peserta yang hadir iaitu 7 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Dalam kelas Advokasi ini, 2 tajuk diperkongsikan iaitu Overshare dan Maklumat Palsu. Untuk Overshare diperkongsikan berkenaan Apa itu Oversharing, 7 risiko sekiranya ‘overshare’ , bagaimana dan akibat Overshare serta langkah-langkah menangani sikap ‘overshare’. Manakala untuk Maklumat Palsu pula, terangkan apakah Maklumat Palsu, jenis maklumat tidak tepat, palsu dan tanpa pengetahuan, kemudaratanya dan bagaimana memastikan kesahihan maklumat tersebut. Setelah itu, setiap peserta disoal bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka berkenaan tajuk pada petang tersebut.

Daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Moga perkongsian dalam kelas petang ini dapat menjadi garis pandu kepada peserta-peserta yang hadir dalam mereka melalui dunia siber.

# KDB: TIADA JALAN MUDAH!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali